Kapsul HB (Herba Tekanan Darah Rendah)

H.B (dulu dikenali sebagai Health B) menggunakan bahan utama Hydrocotyle Asiatica (pegaga) dan Amaranthus Spinosus (bayam duri) yang amat baik untuk meningkatkan daya imunisasi dan tenaga khususnya kepada mereka yang mengalami kekurangan kadar darah merah dan mengatasi kelesuan tubuh badan.

Khasiat Kapsul HB :
1. Menghancurkan batu karang.

2. Buasir.

3. Penyakit keputihan.

4. Penyakit kuning atau jaundis.

5. Penyakit kulit.

7. Masalah sembelit, perut kembung dan peptic ulser.

8. Demam panas.

Komposisi (60 Kapsul) :
- Hydrocotyle Asiatica
- Amaranthus Spinosus

Dos :
- Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.

Harga Pengguna :
RM 33.90 (SM)
RM 35.90 (S/S)

Stoma-K (Herba Pelansing)

Stoma K adalah satu bentuk ramuan yang dihasilkan 100% dari herba dan tidak mengandungi bahan kimia. Bahan aktif dalam produk ini ialah (-) Hydrocytic Acid (-) HCA ini berupaya untuk mengurangkan selera makan, membantu penghasilan dan penyimpanan lemak dan mengaktifkan pembakaran lemak.
Formula ini amat berkesan untuk mengatasi permasalahan obesiti. Keadaan in akan menyebabkan kebanyakan kalori ditukarkan kepada glikogen dalam hati dan hanya sedikit kalori akan disimpan sebagai lemak.
Kebanyakan produk pelangsing dan menurunkan berat badan yag terdapat di pasaran menggunkan bahan kimia yang boleh menyebabkan berlakunya kesan sampingan khusus kepada gangguan tekanan jantung.
Stoma K amat sesuai dan selamat digunakan kerana :-
1. HCA tidak diklasifikasikan sebagai dadah.
2. HCA tidak bertindak balas dalam mitokondria, maka proses penghasilan tenaga secara normal dalam kitaran kreb tidak diganggu.
Harga Pengguna :
RM 33.90 (SM)
RM 35.90 (S/S)

Mega-3 Kapsul

Produk ini khusus menggunakan Ikan Tenggiri Biru dari Lautan Artik ini mempunyai kadar DHA yang tinggi jika dibandingkan dengan ikan-ikan laut yang lain.

Khasiat Produk :
1. Mengandungi kadar mineral yang tinggi
2. Mengandungi protin yang berkualiti
3. Lebih mudah diserap oleh badan
4. Amat sesuai dijadikan amalan oleh ibu mengandung untuk kecerdasan minda bayi yang dikandung
5. Sesuai mulai bayi hingga dewasa untuk pemakanan kesihatan
6. Meningkatkan daya kesuburan lelaki dan perempuan
7. Mengatasi masalah kardiovaskular

Komposisi (60 Kapsul) :
1. Scomber scombrus
2.Mallotus villosus
3. Clupea harengus
4. Engraulis ringens

Dos :
Umur di bawah 3 tahun : 2 kapsul sehari
Umur 3 hingga 7 tahun : 3 kapsul sehari
umur 7 tahun ke atas : 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam

Harga Pengguna :
RM 39.90 (SM)
RM 42.90 (S/S)

Radix (Herba Tenaga dan Kalsium)

Produk ini menggunakan bahan utama Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali) yang bersaiz besar. Produk ini sesuai diamalkan oleh semua peringkat golongan dan jantina. Radix dapat merangsang proses biosintesis terhadap hormon endrogen khusus untuk lelaki dan estrogen khusus untuk perempuan. Radix yang mengandungi pelbagai herba ini amat baik untuk lelaki yang menghadapi masalah lemah tenaga batin (aphrodisiac). Dalam satu kajian menunjukkan kepekatan sperma lelaki akan bertambah khusus bagi lelaki yang menghadapi masalah sperma cair.

Flavanoid yang terdapat dalam Radix berfungsi sebagai anti oksida, anti virus, anti peradangan dan anti keracunan. Radix tergolong dalam herba diuretik yang membantu memperbanyakkan pengeluaran urine dan memperbaiki ginjal. Radix juga bertindak untuk mempengaruhi metabolisma kalogen bagi memperbaiki tendon, ligamen, rawan, dan sendi yang rosak akibat penyakit gout, arthritis dan rhuematik. Radix bersama Minyak but-But amat sesuai untuk mereka yang menghadapi permasalahan ikatan silang kalogen pada sendi. Mereka yang menghadapi patah tulang atau terseliuh dapat mengatasi dalam masa yang cepat.

Bagi mereka yang demam di tahap awal gunakan Radix dan Malac. Flavanoid dalam Radix amat baik untuk mengatasi penyakit seperti athma sekiranya disinergikan bersama pelawas. Radix juga bertindak sebagai karminatif (penolak angin) amat baik untuk mereka yang menghadapi gastrik dan ulser. Radix baik untuk keseimbangan hormon wanita agar tidak dingin bersama suami.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Ardisia Crispa
2. Cinnamomum Iners
3. Morinda Eliptica
4. Eurycoma Longifolia
5. Smilax Myositiflora
6. Alyxia Reinwardtii
7. Alyxia Indica
8. Freycinetia Malaccencis

Dos :
- 2 kapsul malam dan 2 kapsul pagi

Harga Pengguna :
RM 33.90 (SM)
RM 35.90 (S/S)

Ramadhan Datang Lagi....Alhamdullilah...

Salam Ramadhan semua..
Waktu Operasi Stokis Hpa Jalan Kebun di bulan Ramadhan adalah seperti berikut:

Isnin - Jumaat :
8.30pg - 5.30ptg
1.00ptg - 2.00ptg (REHAT/TUTUP)

Selasa, Sabtu dan Ahad :
8.30pg - 1.00ptg

Semoga Ramdhan kali ini lebih diberkati & dirahmati...jangan lupe  KOPI RADIX sebagai pelengkap ketika bersahur.

KOPI RADIX HPA

HOT ITEM !!

KOPI RADIX HPA...dapatkan yg ORIGINAL di stokis kami sebelum kehabisan stok...hubungi 012 - 609 2148 SEGERA untuk tempahan..



JUMBO (32sc)
Harga :
RM 34.00 (SM) RM 36.00 (S/S)

MINUMAN BOTANI PEGAGA

Produk ini menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle Asiatica). Herba yang mempunyai ciri pahit ini mengandungi antioksidan (sejenis ester gluko peiranosil) yang amat baik untuk merawat luka luar (kulit) dan luka dalam (radang usus dan pendarahan otak). Teh Herba juga mujarab untuk batuk, radang usus serta mengandungi anti oksidan yang tinggi.

Khasiat :
1. Mengurangi kadar lemak setelah mengambil secara berterusan selama 2 minggu. Badan akan   terasa ringan dan segar.
3. Mengatasi masalah sembelit dan angin.
4. Melancarkan pembuangan air besar dan membantu mengeluarkan toksid akibat sembelit.
5. Menurunkan kadar asid urik yang berlebihan akibat penyakit kulit.
6. Menghilangkan sakit kepala akibat migrain.
7. Menghaluskan kulit dan mengatasi masalah penyakit kulit
8. Menguatkan imunisasi bagi mencegah penyakit.
9. Menguatkan sel otak dan baik untuk minda.
10. Sangat baik untuk wanita yang mengandung dan setelah melahirkan anak.
11. Menurunkan kadar glukosa dan menyembuhkan gengren.
12. Mencegah masalah kardiovaskular.
13. Baik untuk wanita yang menopouse dan osteoporosis.

Komposisi (40 uncang) :
Hydrocotyle Asiatica

Dos :
Minum sekurang-kurang 1 uncang setiap hari dan masukkan ke dalam air panas (60 darjah celcius).
1 uncang boleh menghasilkan 3 gelas. Jangan gunakan air mendidih kerana ini akan memusnahkan klorofil. Amat berkhasiat jika dicampur dengan Madu Asli

RAWATAN BATU KARANG

1. MALAC
    2 biji pagi , 2 biji malam

2. MINUMAN BOTANI PEGAGA
   1 uncang setiap hari +  Madu Asli

3. AIR MINERAL RADIX
    1 hari 1.5L (lebih lagi berkesan)

4. MADU ASLI
     setiap pagi satu sudu (elakkan sudu besi)

MADU ASLI HPA

Madu Asli HPA diambil dari Timur Tengah (padang pasir) amat baik untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan kerana kualitinya yang tinggi dimana kadar kelembapan air di bawah 20%. Madu ini diambil dari lebah yang menggunakan pokok kurma, tin dan zaitun.

Terdapat beberapa Hadis Sahih yang menceritakan para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi dengan mencampurkan dengan air. Ini terbukti oleh pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian akan membantu di dalam proses penghadaman. Oleh kerana madu ini tidak mempunyai kotoran atau racun ia memudahkan fungsi hati dan ginjal. Madu asli juga dapat menaikkan kekuatan fizikal dan mental seseorang.

Untuk orang yang telah uzur dan lanjut usia dicadangkan mengamalkannya satu sudu besar setiap hari sebelum makan. Madu boleh merawat dan menyembuhkan penyakit kulit seperti jerawat, gatal-gatal, luka akibat terbakar, bisul serta kurap dengan cara menyapukan Madu Asli ke bahagian tersebut.

Madu Asli boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan kanak-kanak yang menghadapai masalah lambat berjalan. Ini terbukti dalam satu kajian iaitu seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mengamalkan 2 sudu kecil setiap hari selama 40 hari dan ia menunjukkan satu perubahan yang ketara pada tubuh badan dan akhirnya mampu berjalan.


Komposisi (375 gram) :
Madu Asli diambil dari Timur Tengah


Dos :
Sinergikan dengan:-
1) Madu Asli + Malac/Alac = amat baik untuk memecahkan batu karang (Gallstone) dan melancarkan pengeluaran air kencing.
2) Madu Asli + Teh Herba = khasiatnya sebagai pemakanan kesihatan.
3) Madu Asli + Coscinium Plus = amat baik untuk mengatasi masalah alahan(allergy/resdung).
5) Madu Asli + Paramaria Plus = dapat menambahkan dan memperbaiki kesihatan wanita.

Harga Pengguna :
RM 23.00 (SM)
RM 27.00 (S/S)

ARDISIA

Produk yang menggunakan herba Ardisia Crispa (Mata Pelanduk) yang berfungsi untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan yang terdapat pada bahagian sendi-sendi. Asid urik yang berlebihan ini merupakan punca utama terjadinya penyakit gout dan athritis. Asid urik ini akan dikeluarkan melalui air kencing.

Herba ini bersifat diuretik dan akan memperbanyakkan pengeluaran air kencing. Pengguna dinasihatkan untuk minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari. Selain berfungsi sebagai ubat gout, Ardisia juga dapat menurunkan panas dalam serta menurunkan tekanan darah kepada paras normal.

Dos :
-Amalkan 1 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.

Harga Pengguna :
RM 33.90 (SM)
RM 35.90 (S/S)

FICUS

Buasir ialah benjolan yang wujud di selaput lendir rektum atau pada kulit dubur. Sembelit merupakan punca terjadinya buasir teruatamanya berlaku apabila seseorang itu mengerang untuk proses pembuangan air besar. Keadaan ini juga berlaku pada wanita yang mengerang untuk melahirkan bayi.

Kekurangan serat dan makanan pedas juga merupakan punca kepada terjadinya buasir. Penderita buasir akan mengalami pedih, keluar benjolan, gatal pada rektum dan berlaku pendarahan. Ficus merupakan produk terbaik untuk mereka yang mengalami permasalahan tersebut. Herba Ficus Callicarpa (Pokok Tengkuk Biawak) merupakan herba utama dalam ubat buasir ini.

Kelebihan Ficus :

Ficus calicarpa dan Ardisia crispa merupakan dua herba astringen yang mempunyai kesan mengecutkan buasir/peradangan. Namun bagitu ada sedikit teknik pengambilan kapsul ficus agar lebih berkesan iaitu:-
  1. Buka kapsul dengan dos minima 3×3 bagi yang tidak teruk dan 5×3 bagi yang serious.
  2. Masukan serbuk kedalam gelas sederhana dan dimasukan air yang mendidih kedalamnya.
  3. Kacau dan tutup dengan piring agar tidak keluar wapnya.
  4. Selepas agak suam,minum persiapan herba tersebut sebelum makan.
InsyaAllah , kaedah perawatan buasir yang mudah dengan herba terpilih.

Dos :
Amalkan 1 kapsul pada pagi dan 2 kapsul pada malam. Amalkan bersama Teh Herba dan sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur.

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Ficus

Ficus/bedak delima (biji) untuk buasir
Ficus adalah salah satu produk HPA yang berkesan untuk buasir. Ia di buat daripada sejenis herba yang dikenali sebagai pokok Tengkok Biawak ataupun Ficus calicarpa.Dilihat dari bentuk batangnya mengambarkan juga seperti usus orang yang buasir.

Herba ini bersifat astringen iaitu mengecutkan dan bahagian yang berkesan untuk rawatan buasir daripada getahnya yang berwarna merah. Sebaiknya dibuka kapsul dengan dos 5x 3 dan di bancuh dengan air panas segelas ketika perut kosong. Kalau ada ketulan yang menyakitkan di luar boleh gunakan bedak delima (biji) yang baru dipasarkan.

Dalam masa yang dekat ketulan akan menjadi kecut, InsyaAllah

Harga Pengguna :
RM 33.90 (SM)
RM 35.90 (S/S)

PLANTISOL

Bahan aktif plantisol di dalam ramuan ini berfungsi untuk menurunkan paras glukosa dalam darah (hipoglicemia) serta bertindak untuk merangsang pengeluaran insulin oleh pankreas.

Bahan aktif plantisol di dalam ramuan ini berfungsi untuk menurunkan paras glukosa dalam darah .

Khasiat Plantisol:
  1. Menstabil kadar gula dalam darah. Amalkan plantisol 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam sebelum makan. Minum sekurang-kurangnya 2 gelas teh herba setiap hari.
  2. Bagi pesakit yang sering lemah anggota badan amalkan bersama spirulina.
  3. Bagi penderita yang mengalami gangren disaran menggunakan teh herba dalam 8 uncang sehari. Hampas teh ditampalkan pada bahagian yang terluka.
  4. Amalan ubat Rebusan Tisol K bersama Plantisol akan mempercepatkan pemulihan penderita kencing manis yang menghadapi masalah kronik.
  5. Penderita yang menghadapi kencing manis, ginjal rosak dan darah tinggi juga dicadangkan mengamalkan Malac yang bersifat diuretic.
 Dos :
  - Amalkan 2 kapsul pagi, 2 kapsul tengahari dan 2 kapsul malam

Harga Pengguna :
RM 33.90 (SM)
RM 35.90 (S/S)

VITEX

Vitex sangat baik untuk menurunkan tekanan darah ke paras normal.
Tanda-tanda awal hipertensi dapat diketahui seperti berikut:
  •  Sakit bahagian kepala
  •  Mata merah dan berair
  •  Kesemutan di kaki dan tangan
  • Terasa sakit dan tegang di bahagian tengkuk
Dos :
- Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul malam

Harga Pengguna :
RM 33.90 (SM)
RM 35.90 (S/S)

HERBA TUJU ANGIN

Herba Tuju Angin dihasilkan daripada tumbuhan yang bertindak untuk membuang angin serta memudahkan pembuangan air besar, sekaligus menjadikan badan terasa lebih ringan. Kandungan yang terdapat dalam herba tuju angin ini merupakan makanan kesihatan yang baik untuk golongan tua mahupun muda, baik lelaki atau perempuan. Ia dapat membantu mengatasi masalah angin seperti:-
  • Angin Duduk: cepat penat, terasa mual
  • Angin Darah: emosi dan cepat marah
  • Angin Sendi: sakit-sakit badan, lemas, kesemutan dan terasa ditusuk-tusuk pada kaki dan tangan.
Khasiat:

1. Membantu mengatasi masalah perut kembung

2. Membantu mengatasi migrain

3. Menghilangkan kesemutan pada hujung jari

4. Hilang selera makan

Komposisi (75 Kapsul):

1. Halban (Vitex pubescens)

2. Cemamar (Micromelum pubescens)

3. Mengkudu hutan (Morinda elliptica)

4. Teja lawang (Cinnamomum inners).

Dos :
1 kapsul pagi dan 2 kapsul malam. Selepas makan setiap hari

Harga Pengguna :
RM 33.90 (SM)
RM 35.90 (S/S)

USER MANUAL SISTEM ONLINE

CARA AKSES KALI PERTAMA (FIRST TIME LOGIN)

  1. Klik hpa2u.com
  2. Masukkan no. Ahli (ID) atau Kad Pengenalan (IC) anda.
  3. Gunakan PASSWORD enam(6) digit terakhir IC anda seperti berikut:
    a. Ahli biasa : No. Kad Pengenalan (Bermula Kod Negeri), contoh :891223011234
    b. Kad Pengenalan Lama, contoh : A1234567
    c. Polis atau Tentera, contoh : T1234567 atau A102556240
    d. Ahli yang daftar semula (Lama kepada Baru), contoh : 891223011234 B
    (Tambah 'B' diakhir nombor)
    e. Pendaftaran Syarikat, contoh : 376131 A (bergantung kepada maklumat semasa pendaftaran)
    f. No. Surat Beranak, contoh : A 2598XX
  4. Masukkan Security Code seperti nombor tertera disebelah. Ia berubah setiap kali masuk. Pastikan 'Refresh' terlebih dahulu.
  5. Pilih bahasa - English atau Bahasa Melayu
  6. Tekan 'Login' . Setelah 'Login' pastikan Maklumat yang diminta selesai.

PERHATIAN!
  1. Sila Tukar Kata Laluan anda,mesti melebihi 8(Lapan) digit gabungan Huruf dan Nombor (Alphanumeric), contoh : ab1234567
  2. Untuk tujuan Keselamatan, Nombor Telefon (bimbit) & No. Akaun Bank tidak boleh diubah. Sila hubungi bahagian MIS 0355104527 atau email awmmis@yahoo.com jika ada perubahan.

PERANGI KOPI RADIX PALSU

MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 28

Marilah kita mengembeling tenaga untuk melenyapkan kopi tiruan di pasaran. Kopi tiruan ialah kopi yang menggunakan nama Radix tetapi BUKAN dihasilkan dan/atau diproduksikan oleh HPA Industries SDN BHD.

Situasi ini berlaku akibat dari pemintaan pasaran retail yang begitu tinggi. Kumpulan ini kebanyakannya terdiri daripada bangsa-bangsa yang selalu melakukan "imitation" terhadap produk yang tinggi pemintaannya dipasaran. Kecekapan mereka mengatur strategi menjadikan mereka boleh lepas dari tindakan undang-undang.

Operasi HAPUS adalah sebuah gerakan bersepadu dari 100 orang leader HPA yang akan bergerak dengan panduan Bahagian Perundangan HPAIC secara menyeluruh akan membongkarkan kegiatan ini. Ia juga akan melibatkan pihak media untuk penyebaran maklumat seluruh negara dengan cepat.

Semua fail mahkamah kopi palsu akan dibuka di setiap negeri dan Pihak Perundangan HPAIC dengan bantuan Ahli MPB akan mendakwa sehingga munculnya pengilang dan pemborong yang dicari itu. Saya mengharap para leader semuanya telah bersedia untuk menghadiri SEMUA mesyuarat OPS HAPUS walaupun dimana kita berada kerana inilah JIHAD kita dan perjuangan kita untuk UMMAH.

Kita sanggup melakukan apa sahaja jika kita merasakan ini adalah sebuah tanggungjawab. Kita bukan PAK KADUK tetapi kita adalah pejuang yang tidak akan melarikan diri dan sanggup berdiri sebagai saksi dimahkamah nanti. Perahu sudah di air, dayung sudah ditangan, kita mara sebagai pejuang yang berani merentas semua cabaran dihadapan. InsyaAllah.

KAPSUL ROSELLE

Khasiat Roselle :

1. Anti Penuaan.
    Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.

2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular.
    Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ‘silent killer’. Kedaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekaligus mengelakkan dari terjadinya penyakit tekanan darah tinggi.

3. Pencegah Kanser.
     Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.

4. Demam Panas/Selesema.
    Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.

5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma).
    Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.

6. Stress / Sukar tidur.
    Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.

7. Masalah lain.
    Amat baik untuk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam, kecederaan, mengatasi masalah penyakit kulit, penenang dan sebagainya.

Komposisi (75 Kapsul) :
Hibiscus Sabdariffa

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.

Harga Pengguna :
RM 33.90 (SM)
RM 35.90 (S/S)

SPIRULINA

Spirulina (Arthospira) adalah sejenis ganggang biru hijau dan sejak puluhan tahun yang lalu telah dijadikan makanan kesihatan melalui penelitian para ahli dunia. Makanan yang dikonsumi oleh manusia sekarang banyak menyebabkan terkumpulnya toksid dalam badan, sehingga menimbulkan pelbagai penyakit seperti kronik, imuniti turun, fungsi organ menjadi lemah dan lain-lain. Hal ini merupakan masalah besar di negara-negara maju kerana 60% penyebab kematian disebabkan oleh faktor kekurangan zat-zat makanan.

Khasiat Spirulina :
1. Meningkatkan aktiviti anti-virus
2. Menurunkan kadar kolesterol
3. Menurunkan risiko serangan penyakit kronik
4. Meningkatkan daya tubuh badan
5. Mengurangkan keracunan pada organ tubuh
6. Meningkatkan jumlah mikroba lactobacillus yang terdapat di dalam  usus
7. Mempercepatkan penyembuhan luka
8. Mengatasi masalah kekurangan zat/mineral
9. Mengurangi penderitaan akibat radiasi.

Komposisi (60 Kapsul) :
Spirulina

Dos :
1-2 kapsul pagi, dan 1-2 kapsul malam (baik untuk anak-anak mahupun orang dewasa)

Harga Pengguna :
RM 39.90 (SM)
RM 42.90 (S/S)

RAWATAN RESDUNG (SINUS)

1. COSCINIUM PLUS (info produk)
    2 biji pagi, 2 biji malam

2. ROSELLE KAPSUL (info produk)
    2 biji pagi, 2 biji malam

3. HERBA PELAWAS (info produk)
    2 biji pagi, 2 biji malam

4. AIR MINERAL RADIX
   1 hari 1.5L (lebih lagi berkesan)

5. MADU ASLI (info produk)
   setiap pagi satu sudu (elakkan sudu besi)

HERBA PELAWAS

Usus merupakan organ utama dalam menentukan kesihatan seseorang. Makanan yang berserat tinggi dapat mengurangkan risiko kepada penyakit kronik dan kadar kolesterol tinggi.

Produk ini merupakan herba yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus. Pelawas dapat mengurangi risiko penyakit dengan mengurangi masa transit makanan pada saluran gastrousus dan membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Sehubungan dengan itu, Pelawas bertindak mengikat lemak-lemak dan asid empedu yang dikeluarkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkan Pelawas. Produk ini bertindak sebagai serat mudah larut dan kerana itu Pelawas dapat mengendalikan kadar gula dalam darah.

Pelawas juga dapat menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar. Pelawas dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar).

Pelawas amat baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan yang berlebihan.
Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.

Komposisi (75 kapsul):
Ipmea Reptans

Dos:
Amalkan 2 kapsul pada malam dan 2 kapsul pada siang.

Harga Pengguna :
RM 33.90 (SM)
RM 35.90 (S/S
)

LADY CHEER

Rumusan istimewa daripada ekstrak SIREH dan MANJAKANI bertindak membersih bahagian kewanitaan anda secara semulajadi agar lebih segar, harum dan yakin sepanjang hari.

Kelebihan Produk :
1. Merawat keputihan
2. Merawat kegatalan pada bahagian vagina
3. Melancarkan perjalanan haid
4. Penyubur kandungan wanita
5. Mengecut dan merawat kembali vagina
Kelebihan Herba :
Sireh (Piper betel)
1. Merawat keputihan dengan merencatkan perkembangan kulat (Candica Albican) penyebab  keputihan.
2. Antiseptik untuk mengubati gatal dan alahan pada kulit serta ruam.
3. Melancarkan perjalanan haid dan penyubur kandungan/rahim wanita.
Manjakani (Croton caudatum)
1. Sebagai elemen perawat dinding vagina.
2. Membuang lendir dan partikal asing pada vagina.
3. Menstabilkan pH vagina.
4. Mengecutkan vagina serta merawat kembali saluran peranakan.
5. Membantu metabolisma dengan mengekalkan Vitamin E pada epidermis.
Serapat (Parameria laevigata)
1. Merawat saluran peranakan dengan mengimbangi pH serta keasidan vagina

Harga Pengguna :
RM 19.00 (SM)
RM 22.00 (S/S)

PARAMARIA PLUS

Paramaria Plus merupakan ramuan terbaik untuk wanita kerana ia mengandungi Kayu Serapat (Paramaria Leavigata) yang mengandungi minyak asiri cautchouc dan getah perca, berfungsi untuk mengencangkan rahim khusus apabila wanita tersebut bersalin atau menghadapi masalah rahim turun.

Produk ini sesuai untuk wanita sahaja yang mengalami sakit pinggang, letih, kesemutan pada kaki dan tangan. Herba ini juga boleh digunakan untuk wanita yang akan memasuki alam pernikahan.
Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.

Khasiat:
1. Melancarkan haid
2. Awet muda
3. Menghilangkan keputihan dan gatal pada kemaluan
4. Menghilangkan sakit pinggang
5. Menguatkan rahim
6. Menguatkan tulang
7. Manghaluskan kulit
8. Melambatkan menopous
9. Kebahagian rumah tangga

Komposisi (75 Kapsul) :
1. Paramaria Legivata
2. Ardisa Crispa
3. Morinda Eliptica
4. Labisia Pothonia
5. Cinnamomum Iners

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada malam dan 2 kapsul pada waktu pagi. Produk ini boleh diamalkan oleh semua wanita yang sudah baligh. Wanita Menopouse (putus haid) juga digalakkan mengamalkannya.

Harga Pengguna :
RM 33.90 (SM)
RM 35.90 (S/S)

MALAC

Herba yang bersifat diuretik (memperbanyakkan air kencing) berfungsi untuk menurunkan tekanan darah dan anti piretik (penurunan panas) amat baik untuk penjagaan ginjal, memecahkan batu karang, infeksi saluran kencing, demam campak dan gout.

Bagi penderita Batu Karang (Gallstone) disarankan untuk amalkan bersama Madu Asli bagi tujuan pemecahan batu. Malac menggunakan herba utama lalang yang telah terbukti amat mujarab dan dicadangkan dijadikan amalan untuk mereka yang menghadapi masalah tersebut.

Komposisi (75 Kapsul) :

1. Tetra Indica
2. Bamboo Spp
3. Imperata Cylindrica

Dos :
Amalkan 1 kapsul pada pagi dan 2 kapsul pada malam.

Harga Pengguna :
RM 33.90 (SM)
RM 35.90 (S/S)

SET BERSALIN (KOMBINASI 8 PRODUK)

Ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-
1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.
2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.
3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.
4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.
5. Menghilangkan sakit batu meriyan.
6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.
7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.
8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.
Set bersalin mengandungi:-
Minyak Barut (2 unit).
Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.
Minyak Bayi (2 unit).
Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.
Teh Herba (1 unit).
Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.
Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).
Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.
Kapsul Wanita A & B.
Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.
Ubat Basuh (Kegunaan Luar).
Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.
Spirulina.
Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Tambahan Info:

1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.
Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( 1 pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina
- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

4. Minyak Barut
- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi
- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba
- Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh
- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

Harga Pengguna :
RM 90.00 (SM)
RM 100.00 (S/S)

KHASIAT MINYAK HERBA

Minyak ini mengandungi ramuan herba terpilih dari hutan tropika dan telah terbukti amat mujarab yang telah digunakan sejak turun-temurun. Minyak Herba yang mengandungi herba Tinospora Crispa (Patawali) ini amat baik digunakan sebagai penawar racun dan disyorkan sebagai persediaan di rumah bagi mengahadapi kemungkinan yang tidak diduga.
Kelebihan Minyak Herba :

Terkena minyak panas, air panas dan cuka getah yang pekat.
Sapu keseluruhan kawasan yang terkena itu dan InsyaAllah tidak melecur dan hilang kesakitan.

Termakan makanan beracun.
Campur 1 sudu minyak ini dengan secawan air suam dan minum.

Terkena gigitan atau sengatan binatang berbisa.
Campur 1 sudu minyak ini dengan secawan air suam dan minum, kemudian ambil kapas dan basahkan dengan minyak ini dan tekap pada tempat yang terkena gigitan atau sengatan itu. Ganti dengan yang baru setiap 2 minit. Ulang 7 kali.

Gastrik.
Minum 1 sudu besar bersama air panas serta disinergikan bersama Herba Tuju Angin.

Kudis, Panau, Kurap dan Gatal-Gatal.
Sapukan pada bahagian yang berkenaan
Komposisi (50 ml per botol) :
1. Cymbopogon Nardus
2. Myristica Fragrans
3. Euginia Aromatica
4. Tinospora Crispa
5. Melaleucia Leucodendron
6. Aluerites Molucanna
7. Kaempferia Galnga
8. Litsea Kunstleri
9. Cocos Nucifera Oil

Harga Pengguna :
RM 10.50 (SM)
RM 13.00 (S/S)

KHASIAT MINYAK BUT-BUT

Minyak But-But mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuklah jenis tumbuhan yang kebiasaannya digunakan oleh burung But-But untuk membuat sarangnya.


Kelebihan Minyak But-But :

Untuk Patah Tulang.
Panaskan minyak dan sapukan pada bahagian yang patah dan terus balutnya dengan kain. Amalkan bersama Radix sebanyak 6 kapsul sehari.

Untuk Buasir.
Sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur/anus yang terkeluar. Amalkan bersama Ficus, Pelawas dan Coscinium Plus.

Untuk Urut.
Minyak ini bersifat sejuk diluar dan didalam ia akan meresap ke lapisan epidermis yang mampu untuk mengubati saraf yang terganggu.

Sengatan Serangga.
Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.

Luka Kecil-Kecil.
Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.

Terkena Air Panas dan Luka Terbakar.
Sapukan minyak ke bahagian yang mengelembung.

Cirit-Birit.
Minum satu sudu kecil bersama air suam.

Kembung Perut.
Panaskan sedikit minyak dan urut perlahan-lahan secara berulang kali di bahagian perut secara memutar. Untuk kanak-kanak gunakan daun sirih dan sapukan minyak pada bahagian perut.

Kanak-Kanak Yang Sering Kencing Malam.
Sapukan pada bahagian ari-ari sebelum tidur. Dicadangkan amalkan bersama Madu Asli.

Bayi Sering Menangis Pada Waktu Malam.
Sapukan pada bahagian kening atas pada setiap waktu malam.

Wanita Menopouse.
Digunakan untuk menghilangkan rasa sakit bersama suami.

Komposisi (90 ml per botol) :
1. Kaempferia Galanga
2. Melaleuca Lecodendron
3. Cocos Nucifera Oil
4. Tinospora Crispa

Harga Pengguna :
RM 20.00 (SM)
RM 22.00 (S/S)

COSCINIUM PLUS

Produk ini digunakan untuk mengatasi masalah ‘allergy’ terhadap beberapa jenis makanan. Herba akar Mengkunyit (Coscinumm Blumeanum) yang tumbuh menjalar dan memanjat mengandungi flavanoid bertindak sebagai anti oksidan akan menghilangkan pengeluaran histamin dan alahan serta membantu meningkatkan kadar Vitamin C. Ia juga akan melindungi kerosakan sel akibat radikal bebas serta menguatkan sendi.

Oleh kerana Coscinium Plus termasuk produk panas, pengguna harus menggunakan dos yang rendah pada peringkat awalan. Ia boleh disinergikan dengan Bedak Jasmin, Tompok Hitam, Ficus yang mempunyai kaitan dengan alahan.

Kemungkinan akan berlaku sedikit tanda-tanda yakni pengguna akan menjadi lebih serius pada peringkat awal pengunaannya. Namun teruskan penggunaannya kerana ia bersifat sementara sahaja. Ini yang dikatakan sebagai ‘Direction Of Cure’ (DOC). Pengidap alahan adalah dinasihatkan supaya menghindari kawasan debu, makanan seperti udang, sotong, ketam, ayam, belacan, budu dan cencalok.

Komposisi (75 Kapsul) :
1. Coscinumm Blumeanum
2. Nepenthe Spp
3. Rusiga Spp

Dos :
Umur bawah 12 tahun amalkan 1 kapsul.
Umur 12 tahun dan dewasa amalkan 2 kapsul malam dan 2 kapsul pagi.

Artikel Berkaitan Coscinium Plus Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA
Corcinium bluminium adalah nama saintifik kepada pokok mengkunyit dan digunakan sebagai antibiotik terutama untuk masalah resdung/sinusitis. Bagi kes patah tulang herba ini sekali lagi digunakan agar tidak berlaku jangkitan ditempat luka yang boleh menyebabkan nanah.
Satu lagi kegunaan corcinium ialah untuk masalah kudis buta. Ia juga memberikan kesan yang mujarab bagi pengguna . Satu perkara yang perlu diingat sewaktu anda menggunakan coscinium plus untuk perawatan kudis jangan mengambil halia atau lengkuas bersama makanan. InsyaAllah berkesan.
Jika digunakan untuk tujuan penyakit resdung, dicadangkan untuk membuka kapsul dan di campur dengan madu asli bersama segelas air. Sekiranya terasa agak panas dibahagian tekak, kurangi dos yang digunakan kerana herba ini termasuk dalam kumpulan herba panas.

Harga Pengguna :
RM 33.90 (SM)
RM 35.90 (S/S)

D' KARM

Ketidakseimbangan angin dan suhu di dalam badan adalah faktor kedua punca utama penyebab penyakit. Keadaan ini khusus disebabkan oleh sistem pencernaan yang mengalami gangguan dan kerosakan. Pembedahan di bahagian perut dan masalah enzim serta kondisi yang tersumbat adalah penyumbang kepada mengapa berlakunya keadaan sedemikian. Cinamomum Iners atau Teja Lawang yang mengandungi minyak meruap adalah herba yang amat mujarab untuk terapi ini.

D’Karm juga diperkuatkan dengan Psyllium, sejenis herba yang mengembang seperti jeli dapat membantu dalam proses pencernaan dalam usus bertindak sebagai ‘colon cleansing’ atau mengatasi masalah kolon yang tersumbat. Hal yang sedemikian sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan gangguan kepada sistem pembuangan air besar. Satu kefahaman tertua mengatakan bahawa hampir 90% daripada penyakit bermula di usus. Ini bermaksud kita harus memastikan kondisi kolon kita dalam keadaan bersih dan tidak wujud najis-najis yang terlalu lama dan tidak boleh dikeluarkan dalam keadaan normal.


D’Karm akan mengembang dan bertindak untuk menarik sisa bahan buangan yang masih terlekat pada dinding usus. Pengguna akan merasa lancar dan lawas sekiranya D’Karm dijadikan amalan. Pengguna juga akan mendapati kadar kolesterol akan menurun kepada paras yang normal sekiranya mengamalkannya secara berterusan selama 6 bulan. Ini secara langsung akan menurunkan tekanan darah ke paras yang normal.

Kesan bintik-bintik putih pada tapak tangan serta tangan yang dingin adalah tanda-tanda seseorang itu menghadapi masalah pencernaan dan sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan suhu dan angin dalam tubuh badan mereka yang mendorong kepada lemahnya imunisasi seseorang. Pengguna D’Karm disarankan minum air sebanyak 2.5 liter (10 gelas) air setiap hari bagi memastikan kesan dapat dilihat dalam masa 7 hari.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Vitex Pebuscens
2. Morinda Eliptica
3. Eurycoma Longifolia
4. Cinanomum Iners
5. Coscinumm Blemeanum
6. Roselle Hibiscus Sabdariffa

Dos :
Bergantung kepada berat badan. 40 kg (1-2 kapsul) 40 kg ke atas (2 – 4 kapsul) Pengambilan sebelum makan kecuali mereka yang menghadapi ulser dan gastrik, perlu ambil sesudah makan.

Harga Pengguna :
RM 55.00 (SM)
RM 57.00 (S/S)

D' DEU

D’Deu (dulu dikenali sebagai D’Heat). Tubuh mempunyai kemampuan tersendiri dalam mengawal suhu badan. Namun apabila mekanisma tubuh rosak, maka tubuh akan mengalami suhu di paras yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Ini akan mengakibatkan berlakunya gangguan kepada sistem saraf dan hormon yang tidak stabil. Tanda-tandanya ialah muka dan lidah seseorang itu menjadi pucat akibat meningkatnya suhu. Ini akan berlaku gangguan emosi seseorang.

Roselle Hibiscus Sabdariffa mempunyai lebih 20 kali ganda Vitamin C yang terdapat dalam limau. Ia disinergikan dengan herba pilihan yang mempunyai kesan diuretik (memperbanyakkan pengeluaran air kencing) dan antipiretik (membuang kepanasan). Apabila mengamalkan D’Deu dalam tempoh waktu 10 minit, akan berlaku dimana seseorang itu akan terasa hendak membuang air kecil. Vitamin C adalah sejenis anti oksidan yang larut dalam air. Vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan melalui urin.

Kekurangan Vitamin C seseorang adalah disebabkan oleh apa yang dikatakan ‘mal absorbtion’ di mana proses serapan tidak dapat dilakukan . Ini adalah disebabkan Vitamin C tidak boleh diserap tanpa adanya mineral. D’Deu diperkuatkan dengan mineral organik yang telah dicernakan dalam sistem pencerrnaan tumbuhan. Ini bererti Vitamin C akan diserap keseluruhannya apabila mengamalkan D’Deu akan dapat dirasakan dalam tempoh waktu 7 hari. Pengguna akan merasakan tubuhnya kembali bertenaga.


Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica
2. Bamboo
3. Imperata Cylindrica
4. Ficus Callircarpa
5. Ipomea Reptans
6. Roselle Hibiscus Sabdariffa

Dos :
Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.


Harga Pengguna :
RM 55.00 (SM)
RM 57.00 (S/S)

D' DET

D’Det (dulu dikenali sebagai D’Tork) membawa konsep pembersih atau ‘cleansing’ melalui penghilangan toksid khususnya yang terdapat dalam hati dan memberi kesan tidak langsung terhadap nodus, limpa, usus, paru-paru dan darah. Kami tidak menyatakan bahawa semua penyakit boleh diubati dengan D’Det, tetapi ramai orang yang tampil dengan testimoni (kesaksian) kesembuhan dari penyakit yang mereka deritai setelah mengamalkan D’Det.


D’Det bukan ubat dan bukan makanan kesihatan sembarangan, ia berpotensi menjadi puluhan kali ubat. Ianya adalah puluhan potensi herba gabungan sinergi pilihan disediakan oleh orang-orang yang benar-benar mengerti ilmu perubatan alamiah.

Setelah 7 hari mengkonsumi D’Det tenaga akan bertambah, ini menandakan sistem imuniti anda semakin aktif berfungsi mempertahankan tubuh badan anda. Inilah keadaan terbaik dalam membangkitkan daya tahan tubuh. Oleh sebab itu, D’Det juga dikenal sebagai pembangkit (empowering) daya tahan tubuh yang ampuh.

Komposisi (60 Kapsul):
1. Spirulina
2. Vitex Eliptica
3. Morinda Eliptica
4. Andro graphis Paniculata
5. Tinospora Paniculata
6. Hidrocotyle Asiatica

Dos :
Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti sakit gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.

Artikel Berkaitan D’Det Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA
Produk ini mengandungi 28 jenis herba yang memberikan perawatan menyeluruh khususnya kepada penyakit 4 serangkai. Namun begitu bagi mendapatkan keberkesanan kepada d det ia perlu diambil dengan d deu kerana kandungan vitamin c atau roselle menyebabkan d det bertindak 13 kali ganda kekuatanya.
Dos yang biasa ialah 1 x 3 namun bagitu bagi penyakit yang sudah bertahun boleh menambah dosnya kepada 2x 3 . Jika terdapat keluarnya cairan seperti hingus hendaklah mengurangi pengambilan herba ini.

Harga Pengguna :
RM 55.00 (SM)
RM 57.00 (S/S)